CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, January 10, 2009

HENTIKAN KEGANASAN DI PALESTIN... ALLAHUAKBAR!!!

Wajah-wajah kanak-kanak Palestin ‘lebur’ akibat terkena bedilan roket dan peluru berpandu Israel bakal kembali ‘menghiasi’ dada-dada akhbar dan televisyen di seluruh dunia.Begitu juga dengan wajah sayu dan suara tangisan wanita Palestin yang kehilangan suami dan ahli keluarga tercinta.Namun, semua itu masih belum cukup nampaknya untuk menyatukan umat manusia khususnya umat Islam mengusahakan kedamaian yang menyeluruh, sekali gus membawa keamanan kepada bumi Palestin yang turut menempatkan Masjid al-Aqsa iaitu kiblat pertama umat Islam.Apa yang jelas, sebaik sahaja berundur dari selatan Lebanon, Israel terus melancarkan gerakan ke atas sebuah bangunan di Palestin-menambahkan lagi kemusnahan bandar Tabing Barat dan Gaza.Menurut tokoh wartawan Mesir, Mohammed Hassanein Haikal, sejak kewujudan negara Israel pada 1948, dianggarkan lebih 265,000 rakyat Palestin telah terkorban di tangan rejim Zionis itu.Beliau berkata, sejak kejatuhan Palestin pada tahun tersebut, Israel terus mengukuhkan penguasaannya melalui dasar pembunuhan beramai-ramai rakyat Palestin.Antara perkampungan terawal yang ditawan oleh Israel ialah Deir Yassin iaitu pada 9 April 1948, dengan menyaksikan pembunuhan 254 penduduknya, sementara majoriti meninggalkan rumah kerana bimbang kekejaman Israel.Antara propaganda yang digunakan Israel ketika itu ialah menakut-nakutkan penduduk Deir Yassin bahawa mereka akan memperkosa gadis-gadis di wilayah terbabit termasuk di hadapan anggota keluarga sendiri, sementara kaum lelaki pula akan dibunuh.