CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, November 19, 2009

Tahniah Murid-Murid 5A

murid-murid yang berjaya mendapat keputusan 5A dan juga 4A 1B
bergambar kenangan bersama Guru Besar dan juga GPK 1.
Tiga orang telah berjaya mendapat keputusan 5A.
TAHNIAH SELAMAT MAJU JAYA!!

Tuesday, November 17, 2009

Hari Anugerah Kecemerlangan SKFRM 2009













Jamuan Perpisahan Tahun Enam 2009














Monday, November 2, 2009

Minggu Panitia Pendidikan Islam 2009









Perkhemahan Badan Beruniform SKFRM 2009







Tempat: SKFRM
Tarikh:15-17 Oktober 2009
Sasaran: murid-murid thn 4,5,6 yang terlibat dengan badan beruniform

Sunday, October 4, 2009

SaMbUTAn HaRI RaYA SKFRM 2 Oct 2009




murid-murid membuat persembahan nasyid dan lagu raya



posing maut!! hehehe
Guru Besar(kiri) dan juga GPK koku(kanan)


Murid-murid sabar menunggu makanan



cikgu yazmi and the gang tengah menyediakan makanan untuk murid-murid
Hari: Jumaat
Tarikh: 02/10/2009 (8.30pg)
Aktiviti: Sambutan hari raya peringkat sekolah telah diadakan dengan jayanya di dewan SKFRM.Selain makan-makan dan juga minum aktiviti karaoke lagu raya juga telah diadakan. Sambutan yang diterima adalah amat menggalakkan.Diharap pada tahun hadapan akan diadakan lagi pelbagai acara bagi memeriahkan lagi sambutan hari raya ini.
















Sunday, September 27, 2009

KeBAiKaN RuMaH TeRBuKA




Sebagai sebuah negara majmuk, penduduk Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum mengamalkan bahasa, agama, dan budaya yang berlainan. Oleh hal yang demikian, maka wujudlah pelbagai perayaan yang disambut oleh penduduk Malaysia sepanjang tahun. Sebenarnya, inilah ciri-ciri keunggulan kita sebagai sebuah negara majmuk.


Justeru, majlis rumah terbuka diadakan setiap kali tiba musim perayaan. Kini majlis rumah terbuka telah menjadi suatu kecenderungan aliran yang popular dalam kalangan masyarakat negara in Konsep rumah terbuka ini memberikan peluang kepada setiap rakyat Malaysia untuk bersama-sama meraikan perayaan sesuatu kaum yang lain.


Secara tidak langsung, kecenderungan ini dapat mengeratkan silaturahim dan mencerminkan identiti masyarakat Malaysia yang harmonis di mata pelancong asing. Hal ini demikian kerana terdapat negara-negara lain yang mempunyai penduduk majmuk seperti di negara kita juga tetapi gagal mencapai tahap perpaduan seperti kita. Malah, rakyat negara berkenaan sentiasa bercakaran sesama sendiri.
Asal usul majlis rumah terbuka ini dapat dirintis kembali kepada adat budaya dan konsep seruan beragama anutan setiap kaum di Malaysia. Tanpa mengira mana-mana perayaan, sama ada Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Deepavati, Hari Natal, Pesta Keamatan, Pesta Gawai dan sebagainya, masing-masing tetap menyambutnya dengan cara yang tersendiri.
Sesungguhnya, proses pembudayaan yang wujud dalam konsep rumah terbuka menyaksikan pertembungan antara dua atau lebih budaya. Sebagai akibatnya, akan berlakulah proses asimilasi dan penyerapan unsur-unsur kebudayaan oleh sesuatu kaum minoriti daripada kaum majoriti. Umpamanya, banyak unsur budaya Melayu yang akan diterima secara tidak langsung sebagai unsur budaya kaum Iban, Kadazan, dan Murut ekoran majlis-majlis rumah terbuka yang diadakan saban tahun.


Tambahan lagi, melalui amalan rumah terbuka, kaum-kaum yang berlainan akan lebih memahami antara satu dengan yang lain. Selain mengenal juadah kaum-kaum lain, mereka akan didedahkan kepada adat resam dan pantang larang rakan-rakan mereka. Secara tidak langsung semangat toleransi akan tersemai dalam kalangan generasi. Sikap toleransi ini amat penting demi keutuhan negara kita.


Kesimpulannya. Amalan rumah terbuka semasa menyambut perayaan pelbagai kaum di Malaysia seharusnya dijadikan suatu tradisi kehidupan rakyat negara ini. Malah, amalan sedemikian rupa menjadi identiti masyarakat majmuk Malaysia yang tiada tolok bandingnya dengan negara-negara lain

Friday, September 18, 2009

Selamat Hari Raya Semua warga SKFRM

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI
BUAT SEMUA GURU-GURU,STAF PENDIDIKAN
DAN JUGA ANAK-ANAK MURID YANG DIINGATI,
MAAF ZAHIR DAN BATIN.