CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, January 3, 2009

Selamat Kembali Ke Sekolah....











Selamat kembali ke sekolah..

Sudahkah anda bersedia dengan pen merah? Pastikan ia berdakwat.Pastikan juga dimana name tag anda.Pastikan ianya betul-betul nama anda.Esok,Lusa akan kedengaran " ASSALAMUALAIKUM CIKGU"..........hehehehe

Selamat kembali ke sekolah buat anak-anak dan para guru. Sekali lagi berulang rutin untuk ibu bapa menguruskan anak-anak yang masih bersekolah dan juga berulang kembali rutin kita sebagai pendidik dalam menyampaikan amanah yang telah di letakkan di bahu kita. Apapun, itu adalah tanggungjawab yang mesti dilaksanakan dengan ikhlas dan penuh iltizam.

Diharap kedatangan sesi baru persekolahan ini dapat meningkatkan kembali semangat kita untuk mengajar dan mendidik anak bangsa kita.Buang lah segala hal remeh temeh yang mengganggu kita selama ini.Yang penting kita semua dalam keadaan enjoy dan happy dalam melaksanakan tugas.Baru la semua kerja dapat dilasanakan dengan baik.Jangan tekan kawan-kawan..nanti semua jadi tunggang langgang.

Semoga Allah memberkati segala hal yang kita lakukan, jauhi dari pertelagahan,fitnah memfitnah,sifat dengki khianat yang cuba di bisikan oleh syaitan laknatullah..Moga kita dapat bekerja dalam satu keluarga yang harmoni dan berkerjasama.

Wassalam..








Selamat Menyambut Maal Hijrah 1430 dan Selamat Menyambut Tahun baru 2009

Doa Awal Tahun

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.
Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.

TAZKIRAH MAAL HIJRAH 1430
Sekadar beberapa pengajaran dari Peristiwa Bahtera Nabi Nuh a.s. :-

Pertama: Jangan sekali-kali ketinggalan kapal

Kedua: Ingatlah kita didalam bahtera yang sama

Ketiga: Rancang kehidupan. Ingatlah semasa nabi Nuh membina bahteranya itu belum tiba
musim hujan lagi.

Keempat: Kekal sihat. Anda mungkin diminta melakukan sesuatu ketika anda berusia 60 tahun.

Kelima: Ketepikan segala kritikan. Teruskan kerja yang perlu dilakukan.

Keenam: Tegakkan asas masa depan kamu di dataran yang tinggi

Ketujuh: Demi keselamatan semua,bergeraklah secara berpasangan

Kelapan: Tidak semua kepantasan itu kelebihan. Malah, cheetah dan siput berada didalam bahtera yang sama.

Kesembilan: Jika anda berasa tertekan , lupakan masalah anda itu seketika

Kesepuluh: Ingatlah bahawa bahtera tersebut dibina dari para amatur, manakala titanic dibina dari para profesional.

Kesebelas: Tak kira betapa kuat ribut melanda, jika anda bersama Allah,anda akan selamat di bawah lindunganNya.Kebahagian sentiasa menanti anda dihadapan