CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, January 3, 2009

Selamat Menyambut Maal Hijrah 1430 dan Selamat Menyambut Tahun baru 2009

Doa Awal Tahun

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.
Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.

TAZKIRAH MAAL HIJRAH 1430
Sekadar beberapa pengajaran dari Peristiwa Bahtera Nabi Nuh a.s. :-

Pertama: Jangan sekali-kali ketinggalan kapal

Kedua: Ingatlah kita didalam bahtera yang sama

Ketiga: Rancang kehidupan. Ingatlah semasa nabi Nuh membina bahteranya itu belum tiba
musim hujan lagi.

Keempat: Kekal sihat. Anda mungkin diminta melakukan sesuatu ketika anda berusia 60 tahun.

Kelima: Ketepikan segala kritikan. Teruskan kerja yang perlu dilakukan.

Keenam: Tegakkan asas masa depan kamu di dataran yang tinggi

Ketujuh: Demi keselamatan semua,bergeraklah secara berpasangan

Kelapan: Tidak semua kepantasan itu kelebihan. Malah, cheetah dan siput berada didalam bahtera yang sama.

Kesembilan: Jika anda berasa tertekan , lupakan masalah anda itu seketika

Kesepuluh: Ingatlah bahawa bahtera tersebut dibina dari para amatur, manakala titanic dibina dari para profesional.

Kesebelas: Tak kira betapa kuat ribut melanda, jika anda bersama Allah,anda akan selamat di bawah lindunganNya.Kebahagian sentiasa menanti anda dihadapan

0 comments: